Saturday 17 December 2011

ALTERNATIVE RIDING CLUB ANJUR PEMANDUAN BERHEMAH

17 Disember 2012, Bandar Baharu . Seramai 300 orang peserta  mengambil bahagian  dalam Konvoi ' Alternative Riding Club' (ARC) yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Pemuda PAS Kulim/Bandar Baharu. Menurut Pengerusi ARC dan juga merangkap ketua Pemuda PAS Kulim/Bandar Baharu, saudara ustaz ShahfulNizam menjelaskan penubuhan kelab ARC ini sebenarnya bertujuan menggalakkan cara pemanduan selamat dan berhemah dalam kalangan muda-mudi. Jelas beliau lagi,pemanduan berhemah secara tidak langsung dapat mengelakkan golongan muda dari terlibat dengan gejala merempit dan lumba haram. Disamping aktiviti berkonvoi kelab ARC juga berkesempatan memberi sedikit sumbangan amal kepada golongan yang kurang berkemampuan di Kg Tebuk Mat Rashid dan Kampung Permatang Pasir. Turut serta mengiringi konvoi ARC tersebut ialah Naib YDP Kulim/Bandar Baharu, Tn.Hj.Halim Yamali. 







Peserta ARC berkonvoi menuju ke Kg Tebuk Mat Rashid




Tuesday 25 October 2011

FAKTA YANG PATUT KITA KETAHUI.

Hasil Balak Di Kedah
( Di Atas Keluasan Tanah  Yang Sama )

2007 ( Masa BN )- RM 8 juta
2008 ( Masa PAS)- RM 35 juta
2009 ( Masa PAS) -RM 38 juta
2010 ( Masa PAS)- RM 53 juta

Renungilah... Kecekapan dalam mengurus pentadbiran secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan negeri. Inilah hikmah apabila negeri di perintah oleh pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab. Apakah sekali lagi kita mahu membiarkan negeri yang kita cintai ini diperintah oleh mereka yang gila rasuah, korup dan hipokrit. Fikir-fikirkanlah.... SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAn TIADA GUNANYA.